BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 24, 2011

erti kehilangan =(((



BENARKAH JANGAN TERLALU GEMBIRA
NANTI ADA AIR MATA AKAN MENGALIR SELEPAS ITU?????

20 MAC 2011
lebih kurang pukul 10 pagi
aku gerak pulang ke rumah
selepas menhantar kawan ku, nuzul ke terminal makmur
then, aku gerak bsama2 ainon, azizul, assuan dan afkar
destinasi pertama ke terminal temerloh
utk hantar assuan
then, barulah ke terminal bentong untuk hantar ainon, zizul dan afkar

aku sampai umah lebih kurang 3 ptg
aku lihat ade kereta kakak ku
dia dtg dgn suami dan anaknya
aku lihat abah ku sedang tidur
selepas kakak aku balik
abang aku pula sampai
dia hanya singgah sebentar kerna perlu pulang ke kuantan
actually abang aku ni polis
time tu aku tgh update fb
aku duduk betul2 sebelah abah

bila dah maghrib, aku pergi mandi
mak aku pula pergi solat
sblm tu mak ckp kat abah, yg dia nk solat dulu
abah cakap pergila
lepas mandi, aku tgok abah baring2
aku pergi solat

slps mak solat, emak panggil abah
tp abah diam je
mak panggil lagi... tp masih diam
mak pun panggil aku... aku pergi kat mereka
aku panggil2 abah... tapi masih tiada respon
aku dan mak dah rasa cuak
aku mula berfikir sesuatu
aku mula rasa takut..................

aku terus call kakak2 ku yg duduk berhampiran
mereka sampai
dan mengesahkan abah ku dh tiada
masa tu aku tak tahu nak kata apa
aku terkejut
air mata sudah mula mengalir tanpa henti
T__T

aku rasa aku sangat tidak bersedia untuk menghadapi ujian Allah ini
aku tidak menyangka aku akn kehilangan abah dalam waktu ini
tapi aku bersyukur kerna abah pergi dgn tenang
tanpa perlu terlantar kesakitan
atau perlu mendapat rawatan di hospital
menjalani pembedahan dan sebagainya

aku redha dengan ketentuan-Nya
walaupun berlaku secara mengejut
aku berdoa agar roh abah ditempatkan
di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh
AL-FATIHAH 
buat abah tersayang

keesokkannya, lebih kurang pukul 10pg
jenazah abah dimandikan
selepas itu, dikafankan.. aku duduk membantu
setelah selesai dikafankan
kami adik beradik bsama mak serta cucu abah
mengambil giliran utk cium abah buat kali terakhir
aku sedaya upaya utk menahan tangisan
aku gagahkan jua utk keringkan air mata

usai solat jenazah, kami terus bergerak ke tanah perkuburan
aku lihat abah diturunkan ke liang lahad
saat dibuka ikatan di muka
aku dpt lihat wajah abah buat kali terakhir
saat itu aku tak mampu menahan air mata
air mata berterusan mengalir
tanah sedikit demi sedikit diturunkan
ahli keluargaku yang lelaki bergilir-gilir mencangkul tanah
setelah selesai, bacaan talkin dimulakan
lebih kurang pukul 2.00ptg
selesailah semua

buat abah tersayang, moga roh mu bersemadi dengan aman & tenang
anakmu ini tetap akan terus merindu dan menyayangimu
doa utk abah tidak akan lupa ku titipkan
selamat tinggal abah tercinta

AL-FATIHAH 


p/s: buat teman2 yg banyak memberi kekuatan, aku amat menghargainya.. kalian memang kawan2 ku ketika suka dan duka




No comments:

Post a Comment